Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia(keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:
1. Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
3. Penolong Jurutera Elektrik
4. Juruteknik Elektrik
5. Juruteknik Awam
6. Juruteknik Senibina
7. Tukang K3
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
1. Pemohon hendaklah memohon jawatan yang diiklankan secara dalam talian (Online) melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari http://www.mpkangar.gov.my.
2. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah juga memohon secara dalam talian (Online) dan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
(i). Surat Pengesahan Ketua Jabatan,
(ii). Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini,
(iii). Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini, dan
(iv) Salinan surat kelulusan perisytiharan harta.
(v). Salinan penyata gaji yang terkini.
Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 DISEMBER 2012 (Isnin), jam 5.00 petang