Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-
1. ARKITEK LANDSKAP
2. PEGAWAI TADBIR
3. PEGAWAI VETERINAR
4. PENOLONG JURU UKUR BAHAN
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
6. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
7. PEMBANTU PENILAIAN W17
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini.
2. Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh dicetak melalui Laman Sesawang MPS www.mps.gov.my.
3. Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tarikh tutup pada : 07 Disember 2012 (Pukul 5.00 Petang)