Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan berikut :
1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E17
2. PEMANDU KENDERAAN R3
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
1. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.
2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
3. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut :
i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)
4. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 17 December 2012 ;
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
WISMA NANAS,
NO. 5, JALAN PADI MAHSURI,
BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan Unit Perjawatan)
Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 Disember 2012
