Tuesday, 11 December 2012
04:35 0

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - Dec 2012


Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut:-

1. Juruaudit W41

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan.

2) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

3) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

4) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

5) Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM,
104-120 LORONG KOTA KENARI 5/1, KOTA KENARI,
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Disember 2012