Jawatan Kosong Terkini UPNM December 2012
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-
1. Pegawai Tadbir N48
2. Setiausaha Pejabat N27
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE
Cara Memohon:-
i) Bagi permohonan jawatan Pegawai Tadbir Gred N48, pemohon perlu mengisi borang permohonan UPNM/PEND-02 (Jawatan Bukan Akademik), Borang Pengesahan Ketua Jabatan, Borang Pengesahan Kenyataan Perkhidmatan dan Borang Tapisan Keutuhan SPRM. Borang-borang tersebut boleh di dapati di laman web http://www.upnm.edu.my.
Salinan dokumen seperti di bawah yang telah disahkan perlu dilampirkan bersama borang permohonan.
ii) Bagi permohonan jawatan Setiausaha Pejabat Gred N27, permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga.
iii) Salinan dokumen seperti berikut yang telah disahkan perlu dilampirkan pada hari temuduga.
a) Kad Pengenalan / Pasport
b) Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
c) Skrol dan transkrip akademik yang telah diperakukan
d) Sijil – sijil Ko-kurikulum
e) Salinan rekod perkhidmatan yang telah dikemas kini
f) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun yang terkini
g) Salinan slip gaji terakhir
Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2012