Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut:
1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
3. Pembantu Tadbir (Kewangan)
4. Juruteknik Komputer
5. Pembantu Penyelidik
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat secara muat turun borang permohonan melalui laman web korporat MTIB www.mtib.gov.my dan emelkan ke erecruitment@mtib.gov.my atau boleh menggunakan perkhidmatan MySMS dengan menaip MTIB
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu
P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)
No. Telefon : 03-92822235 Samb. 1227/1228
Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemas kini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini;
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 4 FEBRUARI 2013 (ISNIN)