Wednesday, 16 January 2013
20:35 0

Jawatan Kosong Majlis Daerah Lipis


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur dan pemohon yang dilahirkan di Daerah Lipis), yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Daerah Lipis, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

1. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a.) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDL.Jawat 1/01 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Daerah Lipis, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur atau layari di Laman Web MDL iaitu www.mdlipis.gov.my

b.) Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti sekeping gambar terbaru berukuran pasport iaitu 2.5sm x 3.8 sm (tidak dibenarkan gambar yang diimbas atau difotostat), salinan Kad Pengenalan, surat beranak, salinan sijil-sijil persekolahan atau salinan keputusan yang telah diperolehi. Salinan-salinan yang diperlukan itu hendaklah disahkan. Selain itu disertakan kelayakan-kelayakan lain yang telah disyaratkan. Borang Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK sekiranya salinan sijil-sijil tidak disahkan, gambar pasport tidak disertakan dan tidak menulis keterangan saksi dibahagian belakang borang permohonan tersebut.

c.) Calon-calon yang memohon Borang MDL.JAWAT 1/00 melalui pos dan laman web MDL mestilah menyertakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta mempunyai setem RM 0.60 sen. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti dibawah : -

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lipis
Aras 4, Bangunan Lipis Centrepoint,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.


Tarikh Tutup sebelum atau pada : 25 Januari 2013 (Jumaat)