Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat DYMM Sultan Perak yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut:-
1. PENOLONG ARKITEK LANSKAP GRED J29
2. JURUTEKNIK AWAM GRED J17
3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
4. PEMANDU KENDERAAN GRED R3
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
a. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDTM (PKDM) yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanjung Malim.
b. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, surat beranak yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran paspot.
c. Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui ketua Jabatan masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
d. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjung Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJUNG MALIM
Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada:- 8 Februari 2013