Friday, 4 January 2013
06:02 0

Jawatan Kosong UiTM Johor


Universiti Teknologi MARA Johor dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan KONTRAK di UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT bagi memenuhi Wawasan 2020 negara.

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

ii. Setiap permohonan hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan MESTILAH disertai dengan salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang disahkan.

iii. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, UiTM Johor Kampus Segamat atau boleh juga dimuat turun dari laman web rasmi UiTM Johor di http://www.johor.uitm.edu.my

iv. Sila kemukakan permohonan kepada:

Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Johor
KM12, Jalan Muar
85009 Segamat
Johor Darul Ta’zim

No. Tel: (07) 9352338/ 9352020/ 9352273

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Januari 2012