Monday, 18 February 2013
19:50 0

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)


Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang :-

1. Penolong Akauntan Gred W27
2. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
3. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada waktu Pejabat atau mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9inci) bersetem 50sen beralamat sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan disertakan wang pos bernilai RM 1.00 atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.mppg.gov.my

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan.

3. Permohonan hendaklah sampai kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR
81700 PASIR GUDANG

(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 28 FEBRUARI 2013