Thursday, 14 February 2013
19:26 0

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungun (MPD) 2013


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Penolong Akauntan (Kontrak)
2. Pembantu Penguatkuasa (Sementara)
3. Pemandu Kenderaan (Sementara)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web htpp://mpd.terengganu.gov.my.

ii) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang disahkan hendaklah disertakan.

iii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
a) Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
b) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
c) Salinan Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
d) Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
e) Salinan dokumen berkaitan yang disahkan

iv) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskinikan dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut disertakan.

v) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.


Tarikh Tutup Permohonan : 2 Mac 2013