Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan seperti berikut:-
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG
2. PEGAWAI SAINS
3. PEGAWAI KESELAMATAN (KONTRAK)
4. SETIAUSAHA PEJABAT (KONTRAK)
5. PEMBANTU LAUT
6. PEMBANTU MAKMAL
7. PEMBANTU TADBIR (P/O)
8. JURUTEKNIK KOMPUTER (KONTRAK)
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN SECARA ONLINE
Cara Memohon:-
1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem ini.
2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini
3. Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
4. Untuk jawatan bukan akademik, calon-calon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja untuk tindakan selanjutnya.
Tarikh Tutup Permohonan Pada 13 Februari 2013 (Rabu)