Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - Mac 2013
PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA (KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK / TETAP SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.
1. PEMBANTU PENILAIAN ( GRED W17 )
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
(a) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.
(c) Alamat permohonan :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia)
Tarikh Tutup Permohonan 18 Mac 2013