Wednesday, 13 March 2013
07:39 0

Temuduga Terbuka PTPTN 2013


Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2013 untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & MAKLUMAT LANJUT 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 4) yang boleh diperolehi dari laman web PTPTN (www.ptptn.gov.my) atau di alamat berikut :

a) Ibu Pejabat PTPTN :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Tingkat 11 Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights 50490
KUALA LUMPUR

b) Pejabat PTPTN Negeri Sarawak :

Pejabat PTPTN Info Centre Negeri Sarawak
Tingkat Bawah, Lot 519,
No.15-1 Section 6 KTLD,
Jalan Kulas 93400 Kuching
SARAWAK

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan Borang Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:-
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b) Salinan Surat Beranak pemohon;
c) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (sekiranya berkenaan);
d) Salinan Diploma berserta transkrip (sekiranya berkenaan);
e) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
f) Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (sekiranya berkenaan); dan
g) Lain-lain dokumen sokongan.

iii. Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.