Thursday, 4 October 2012
01:23 0

Jawatan Kosong Majlis Daerah Besut


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Tadbir
3. Penghantar Notis
4. Pemandu Kenderaan

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDB –PS-JKP-04-R1 dengan harga RM1.00 yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Besut atau menghantar sampul surat berukuran 22 x 35 cm yang bersetem, beralamat sendiri dan wang pos bernilai RM1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut ataupun boleh juga melayari laman sesawang Majlis Daerah Besut di http://www.mdbesut.gov.my.

2. Permohonan dari Pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan (termasuk Kenyataan Cuti) dan Laporan Nilaian Prestasi bagi 3 tahun terakhir selaras dengan Arahan Perintah AM Bab ‘A’ 21.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:
a) Gambar warna berukuran passport (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)
b) 1 salinan Sijil kelahiran dan kad pengenalan;
c) 1 salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di Luar Negeri Terengganu.
d) 1 salinan Sijil-sijil persekolahan yang disahkan;
e) 1 salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan.

4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Besut
Kampung Raja , 22200 Besut
Terengganu

(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2012