Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor - Okt 2012
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan bagi Jawatan berikut:-
1. Pemandu Kenderaan R3
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
Cara Memohon:-
(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10 x 23 sm (4 x 9 in), bersetem 50 sen dan beralamat sendiri dengan mencatat “MEMOHON BORANG” disudut sebelah atas kiri sampul surat.
(b) Borang- borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:-
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah/Sijil Persekolahan
(iv) Kad bekas Tentera dan Polis ( jika ada )
(iv) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan
(vi) Lesen Memandu
(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Borang Laporan Prestasi Tahun 2011.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut sebelum atau pada 15 Oktober 2012.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Bahagian Pengurusan,
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Nusajaya
Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Oktober 2012