Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA)
LEMBAGA PELABUHAN KELANG mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berdedikasi, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab terhadap tugas dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Keselamatan KP27
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
Cara Memohon:-
1. Borang permohonan boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau muat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p: Pengurus (Sumber Manusia)]
2. Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas sampul surat permohonan. Permohonan daripada pegawai/ kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Tarikh tutup permohonan pada 22 Mac 2013