Saturday, 9 March 2013
23:06 0

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Mac 2013


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai. Pemohon bermula 05 Mac 2013 (Selasa).

1. JURURAWAT U23
2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
3. TUKANG K1 (ELEKTRIK) R17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
i) Permohonan adalah secara menghantar resume yang lengkap seperti perkara-perkara berikut:
(Tidak perlu mengisi borang permohonan secara online. )
- Nama jawatan yang dipohon
- Nama penuh dan nombor kad pengenalan
- Gambar pemohon
- Jantina dan taraf kewarganegaraan
- Nombor telefon dan emel
- Alamat
- Kelayakan akademik
- Pengalaman kerja
- Kemahiran yang dimiliki

ii) Pemohon juga mestilah menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik yang dimiliki
- Salinan sijil-sijil penghargaan (jika ada)
- Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada)
- Salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terkini bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)

iii) Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat:

UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
Tingkat 1, Bangunan Canselori
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 Tanjong Malim, Perak

Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 Mac 2013